Sunday 2 June 2013

agak-agak LAH!

assalamualaikum.
hello jun.aku harap sangat aku bole bercanda ria di bulan ini.tapi sangkaan aku meleset.mungkin sebab aku da tak tertahan dengan sikap dan perangai manusia plastik di sekeliling aku nih.penat.

so, since 8 mei until now aku stay rumah makcik aku kat gemas negeri sembilan.nak diikotkan dan nak masok sebulan aku lepak kat sini.aku rapat dengan makcik aku yang ni untuk my mum side lah kan.and aku ditemani kazen and anak-anak buah yang sangat hyper kat sini.

nak dijadikan cerita,aku ni memang jenis dah diajar dari kecik.mak aku cakap kalau datang rumah orang,tapi tak buat kerja jangan makan.so sampai sekarang aku memang dah terbiase untuk buat kerja bila datang rumah orang.walaupon tolong sikit-sikit je.jadi lah kan dari xbuat langsung.(sebab nak makan punye hal..wiwiwi)

makcik aku ni anak bongsu die perempuan,umur dah 19tahun.tapi die ni memang jenis agak pemalas la kan.bukan aku cakap.mak and kakak die turut mengakui.dan terbukti bile aku lepak kat sini.hahah.kuat kau alibi.

mula-mula tu aku diamkan je lah tgok perangai die ni,sebab die ni agak rapat jugak dengan aku.cerita lah segala masalah dengan aku,aku pon dengarkan je lah.bagit nasihat sikit-sikit.semoga kau berubah kan.tapi lame-lame die tgok aku ni bole je buat semua kerja kat rumah ni macam naik lemak je lah pulak.

weh,tau lah aku ni menumpang rumah kau,tapi agak-agak weh.kalau dah sampau baju kau pon aku yang kene basohkan.pastu tahap malas kau memang dewa gila babi kan.siap aku yang sidaikan.ape kejadah?xbole nak bertahan lah wei.

pakal je weh.haish.geram.tapi nak wat cam ne,rumah sendiri pon kau malas nak kemas.kalau keluar setengah jam awal kau bersiap.punye la nak perfect je kan.tapi pemalas,kesian weh aku tengok mak kau.kalau aku tak kesian kat mak kau,tak pikir mak kau aku tak hingin la buat sume tu.lantak pi lah kau.buat sendiri.

dah dah la wei,kalau cerite pasal orang bukan main.kau pon xkurang jugak.bangkit sikit,cakap macam gatal dah nak kawen.bile mak kau tinggal satu hari pon dah menggelupur kebulur.tak pandai nak masak sendiri nak kawen ape?memang kene tinggala lah wei.perghh memang gua geram nih.berpeluh-peluh aku menaip nih.hahaha

aku dah bagi nasihat kat kau,kau pikir lah.kalau kau bace ni kau terasa bagus lah.so try berubah.tak nak berubah pergi la M.ape aku kesah.kalau terase tapi tak berubah memang tiada guna kan.aku bukan setakat mohon kau terasa.siap merayu bhai,untuk kau terasa.haha.


Tuesday 28 May 2013

akhirnya

assalamualaikum.
berbunga-bunga hati aku hari ni.
bukak laptop,cek result sem lpas.
alhadulillah.mencapai sasaran kehendak ku.
telefon mak,nanges same-same gembira.
terima kasih mak.terima kasih keluarga.
terima kasih tenaga pengajar.
terima kasih kawan-kawan.
terima kasih terutamanya pada mu ya rabbi.
syukur untuk kegembiraan yang kau berikan hari ini.


Thursday 23 May 2013

sembilan tahun

sembilan tahun lepas,
aku tersungkur kehilangan,
kosong,bingung mencari hala tuju hidup,
terkapai-kapai minta dipimpin,

air mata kering diluahkan untuk sembilan tahun lepas,
mengongoi minta simpati,
mohon diberi peluang bahagia,
walau untuk sekejapan.

mulai sembilan tahun lepas juga,
aku mengorak langkah panjang,
belajar mengenal erti hidup,
membuat cela disana sini.

melangkah longlai,
lihat sekeliling,
tiada lagi lelaki itu,
yang kupanggil abah.

telah pergi dijemput penciptanya,
aku kaku membeku,
kemana harus ku luahkan,
saat aku memerlukan.

dari saat itu,
anak ini belajar berdikari,
tidak mengharap belas ikhsan,
hanya minta diajar hidupnya.

perit untuk diharungi sendiri,
terpalit cela disana dan disini,
mengambil baik dari yang keruh,
mengakui khilaf dimasa remaja.

sewarasnya fikiran kembali,
bangun untuk terus melangkah,
tinggalkan semua yang hitam,
pergi untuk mendapatkan yang putih.

seperti baru tersadar dari mimpi,
aku masih punya ibu,
punya saudara dan teman,
punya tuhan yang masih sentiasa disisi.

kini,
aku mapu untuk berjalan sendiri,
dengan doa utuh dari si ibu,
tidak putus saban hari.

syukur untuk nikmat ini,
satu yang kau tarik,
beribu yang kau beri.
syukur padamu ya rabbi.

jika tidak kerana sembilan tahun lepas,
mungkin bukan ini diriku yang hari ini,
berdikari,kuat,tabah untuk menempuh hari-hari,
bersama keluarga disisi sentiasa.

rindu untuk bersatu kembali,
sebuah keluaga lengkap,
punya abah dan emak,
serta saudara disekeliling.

mungkin disana abah menunggu tenang,
menanti untuk bersatu kembali,
seperti mana yang aku ingin kan,
punya bahagia yang hilang di sejak sembilan tahun lepas.


al-fatihah untuk abah.semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.terima kasih abah.syukur kepada mu ya rabbi untu ujian yang kau beri kepada ku sembilan tahun lepas.kerana itu lah aku menjadi seperti hari ini.syukur alhamdulillah.

luaskan kuasamu JOHOR!

hey guys!assalamualaikum.
acctually tadi baru lpas tgok bola.hehehe.almaklumlah ,aku rasa sekarang ramai kot yang dah menjadi fanatik terhadap JOHOR DARUL TA'ZIM nih.termasuk aku:) so tadi merupakan perlawanan antara JDT menentang Kelantan yang bersiaran langsung dari stadium larkin.


disebabkan xdapat nak tgok kat stadium,tgok je lah kat rumah.bertemankan orang-orang nogori plak haih.terbaik.alhamdulillah JDT menang bergaya.menumpaskan kelantan dengan 2-0 jaringan menerusi mat yo dan juga awe.hehe i love u both.alhamdulillah.semoga JDT menang besar tahun ni.amin.