Tuesday 28 May 2013

akhirnya

assalamualaikum.
berbunga-bunga hati aku hari ni.
bukak laptop,cek result sem lpas.
alhadulillah.mencapai sasaran kehendak ku.
telefon mak,nanges same-same gembira.
terima kasih mak.terima kasih keluarga.
terima kasih tenaga pengajar.
terima kasih kawan-kawan.
terima kasih terutamanya pada mu ya rabbi.
syukur untuk kegembiraan yang kau berikan hari ini.


Thursday 23 May 2013

sembilan tahun

sembilan tahun lepas,
aku tersungkur kehilangan,
kosong,bingung mencari hala tuju hidup,
terkapai-kapai minta dipimpin,

air mata kering diluahkan untuk sembilan tahun lepas,
mengongoi minta simpati,
mohon diberi peluang bahagia,
walau untuk sekejapan.

mulai sembilan tahun lepas juga,
aku mengorak langkah panjang,
belajar mengenal erti hidup,
membuat cela disana sini.

melangkah longlai,
lihat sekeliling,
tiada lagi lelaki itu,
yang kupanggil abah.

telah pergi dijemput penciptanya,
aku kaku membeku,
kemana harus ku luahkan,
saat aku memerlukan.

dari saat itu,
anak ini belajar berdikari,
tidak mengharap belas ikhsan,
hanya minta diajar hidupnya.

perit untuk diharungi sendiri,
terpalit cela disana dan disini,
mengambil baik dari yang keruh,
mengakui khilaf dimasa remaja.

sewarasnya fikiran kembali,
bangun untuk terus melangkah,
tinggalkan semua yang hitam,
pergi untuk mendapatkan yang putih.

seperti baru tersadar dari mimpi,
aku masih punya ibu,
punya saudara dan teman,
punya tuhan yang masih sentiasa disisi.

kini,
aku mapu untuk berjalan sendiri,
dengan doa utuh dari si ibu,
tidak putus saban hari.

syukur untuk nikmat ini,
satu yang kau tarik,
beribu yang kau beri.
syukur padamu ya rabbi.

jika tidak kerana sembilan tahun lepas,
mungkin bukan ini diriku yang hari ini,
berdikari,kuat,tabah untuk menempuh hari-hari,
bersama keluarga disisi sentiasa.

rindu untuk bersatu kembali,
sebuah keluaga lengkap,
punya abah dan emak,
serta saudara disekeliling.

mungkin disana abah menunggu tenang,
menanti untuk bersatu kembali,
seperti mana yang aku ingin kan,
punya bahagia yang hilang di sejak sembilan tahun lepas.


al-fatihah untuk abah.semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.terima kasih abah.syukur kepada mu ya rabbi untu ujian yang kau beri kepada ku sembilan tahun lepas.kerana itu lah aku menjadi seperti hari ini.syukur alhamdulillah.

luaskan kuasamu JOHOR!

hey guys!assalamualaikum.
acctually tadi baru lpas tgok bola.hehehe.almaklumlah ,aku rasa sekarang ramai kot yang dah menjadi fanatik terhadap JOHOR DARUL TA'ZIM nih.termasuk aku:) so tadi merupakan perlawanan antara JDT menentang Kelantan yang bersiaran langsung dari stadium larkin.


disebabkan xdapat nak tgok kat stadium,tgok je lah kat rumah.bertemankan orang-orang nogori plak haih.terbaik.alhamdulillah JDT menang bergaya.menumpaskan kelantan dengan 2-0 jaringan menerusi mat yo dan juga awe.hehe i love u both.alhamdulillah.semoga JDT menang besar tahun ni.amin.