Sunday 21 October 2012

mampos

alkisah,semalam.
tika berjalan di deretan kedai di kawasan pekan,
ada seorang makcik tua menjinjing kerepek untuk dijual,
pergi dia dari satu ke satu kereta yang berpenghuni,
bertanyakan jika mahu membeli,
entah kenapa gelagat itu menarik minat aku untuk terus memerhati.

di sebuah perodua viva putih,
mak cik tua itu bertanya kepada penghuni kereta tersebut sama ada mahu atau tidak dia membeli kerepek nya,
lantas dijawab kasar oleh anak muda tersebut,
"xpelah mak cik,kerepek makcik dah expired mcm makcik jugak,xde selera lah!"
deraian ketawa disambut oleh penghuni perodua viva yang turut berada dalam kenderaan tersebut.

berlalu sepi mak cik tua sambil terbongkok-bongkok tua meninggalkan anak muda derhaka itu.
matikah kita anak muda sekarang jika berbudi?
luakkah maruah anak muda sekarang jika berbakti?
ahh!mampus dengan semua itu!
siapa yang kisah!
siapa yang peduli!


disebalik hinaan dan cacian yang keluar dari mulut bangsat seperti itu,
sungguh satu persatu petaka akan jatuh terus menghempap,
walau badan segagah badang,
walau umur cukup panjang,
jika tidak punya sekelumit rasa untuk beradap tiada guna.

mampos dengan kejian kau kelak.



Saturday 20 October 2012

rindu

teringat memori semasa kami berenam bergaduh untuk seperiuk maggi.ahh!rindu saat itu,tika itu lah detik paling manis kami berenam.susah kami,senang kami tetap bersama.kalau mereka-mereka yang tidak mengenali kami sibuk bercakap belakang tentang kami.persetan sama mereka.mereka tidak bersama kami,mereka tidak rasa gembira kami,sedih kami.

baru lah beberapa bulan berpisah, aduh!seperti digarit perasaan rindu ini.ngilu.sumpah setia kami untuk terus bersama susah senang masih terngiang.tolong.aku mohon.aku rindu mereka.pedih untuk aku terus menunggu kapan saat bahagia ini tiba.

aku akan terus menunggu hari itu,semoga kita bersatu seperti selalu.


Monday 15 October 2012


ya allah,sesungguhnya hati ini terlalu merindui rumah mu,kau berikanlah aku kesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumahmu ya allah.kau permudahkan lah urusan ku untuk aku menjejakkan kaki ke rumahmu,kau limpahkan lah rezeki untuk ku ya allah.aku mohon pada mu.sungguh aku merindui rumah mu.

Tuesday 9 October 2012

assalamualaikum.lame kot xdtg ke blog ni.xmenyempat rasenye.sejak aku ber LI ni memang rasenye aku xde mase nk ber blogging la weh.penat dan xsempat sangat.maaf.

skang nih aku stay uma makcik aku kat kota jaya,sesape yg stay kt kat kota tinggi ni tahu la kota jaya ni kat mane.yang xtahu sila google ye.trimas.hehehew.bersempena keberangkatan maklong dan paklong aku ke tanah suci pada jumaat lalu aku telah pon di pos ke sini.untuk menemankan atok(nenek) yang jage anak die yg kcik nih.semoga paklong dan maklong akan pergi dan pulang dgn selamat dan mendaoat haji yg mabrur mudah-mudahan.

haish.sabar je lah aku ni.almaklomlah aku xde adek pompuan,kejanggalan memang agak teserlah la kan nk manage budak pompuan ni.baran je yg datang.nak marah lebih-lebih pon anak orang,nak buat macam mane.sabar je la nabila.



*oke tu je aku nak tulis,idea kosong.babai!