Tuesday 16 August 2011

perubahan


hari ini 16 ramadhan,masa terlalu cepat berlalu walau tidak sedar.
kenangan yang lepas tidak habis dikenang lagi.
kenangan yang baru muncul pula.
semua menghitung hari pulang ke pangkuan keluarga tercinta.
yang jauh terkenang-kenang untuk berbuka bersama keluarga.
yang dekat pula tidak lepas untuk pulang saban minggu menjalani ibadah puasa bersama tercinta.
ada juga yang mula mengalirkan air mata saat mendengarkan lagu raya berkumandang di corong-corong radio usang dan lapok di kedai makan,bazar ramadhan dan di stesen minyak.
syukur,aku tidak merasa keperitan berada dikejauhan dari si ibu tua dalam masa yang lama.
si ibu tua yang sering menunggu kepulangan anak-anak tercinta saban minggu tanpa jemu.
si ibu tua yang sering berusaha memenuhi selera anak-anak kala ramadhan menjelma.
indahnya ramadhan bersama si ibu.
anak perantauan yang dikejauhan dari keluarga meronta-ronta minta masa dipercepatkan.
aduh!perit untuk melihat kerinduan anak kepada ibu bapa dan keluarganya.
ap daya ku?...hanya memberi kata-kata semangat agar anak perantau ini terus menunggu hari itu..
ramadhan datang saban tahun.
ramadhan kali ini ramadhan paling bermakna buatku.
merasa keperitan berbuka tanpa si ibu di meja.
peritnya makan yang dimasak oleh sahabat dan juga tangan sendiri..
tercari-cari dimana hasil air tangan ibu ku???
aq bermimpi..tanpa sedar aq masih belum menerima kenyataan bahawa ramdhan ini berbeza.
amat berbeza.sungguh berbeza tanpa keluarga tercinta.
kehadiran sahabat yang sentiasa mengaburi keperitan ini cukup bermakna.
terima kasih sahabat.buat sahabat yang dikenali sama ada baru atau lama.
selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang.
sesungguhnya aq mendoakan keberkatan ibadah puasa mu diberkati selalu.
aq juga memohan agar kalian sentiasa bersabar menunggu.
salam ramadhan semua.

No comments:

Post a Comment