Sunday 21 October 2012

mampos

alkisah,semalam.
tika berjalan di deretan kedai di kawasan pekan,
ada seorang makcik tua menjinjing kerepek untuk dijual,
pergi dia dari satu ke satu kereta yang berpenghuni,
bertanyakan jika mahu membeli,
entah kenapa gelagat itu menarik minat aku untuk terus memerhati.

di sebuah perodua viva putih,
mak cik tua itu bertanya kepada penghuni kereta tersebut sama ada mahu atau tidak dia membeli kerepek nya,
lantas dijawab kasar oleh anak muda tersebut,
"xpelah mak cik,kerepek makcik dah expired mcm makcik jugak,xde selera lah!"
deraian ketawa disambut oleh penghuni perodua viva yang turut berada dalam kenderaan tersebut.

berlalu sepi mak cik tua sambil terbongkok-bongkok tua meninggalkan anak muda derhaka itu.
matikah kita anak muda sekarang jika berbudi?
luakkah maruah anak muda sekarang jika berbakti?
ahh!mampus dengan semua itu!
siapa yang kisah!
siapa yang peduli!


disebalik hinaan dan cacian yang keluar dari mulut bangsat seperti itu,
sungguh satu persatu petaka akan jatuh terus menghempap,
walau badan segagah badang,
walau umur cukup panjang,
jika tidak punya sekelumit rasa untuk beradap tiada guna.

mampos dengan kejian kau kelak.



No comments:

Post a Comment