Thursday, 3 January 2013

lima puluh satu

assalamualaikum,
hari ni hari lahir arwah abah yang ke lima puluh satu kalau dia masih ada di sisi kami lagi.
tapi apa kan daya, aku bukan siapa-siapa yang boleh nak melawan takdir Allah.
aku hanya mampu redha. abah, selamat hari lahir dari anak mu ini, semoga tenang disana abah, tunggu kami semua disana dengan penuh rasa rindu. insyaallah satu hari pasti kami akan kesana di jemput untuk menemui pencipta dan kita akan disatukan kembali sebagai sebuah keluarga yang sangat bahagia.
.
.
.
sebak
.
.
terima kasih abah,untuk semua pengorbanan abah, membesarkan kami adik beradik, mendidik kami,memberi kan kasih sayang yang tiada ternilai, terima kasih untuk itu, kami semua rindu abah.



.......


abah doakan kami anak-anak abah untuk terus sabar dan kuat menempuh dugaan dari-Nya. semoga kami boleh menjadi insan yang akan abah banggakan satu hari nanti. amin


al-fatihah

No comments:

Post a Comment