Thursday 4 April 2013

JAUH

assalamualaikum.
sekian lama aku tidak menjengah ke mari.
maaf.report.assignment.test.quiz.menimbun hampir menimbus aku.
dikelapangan ini baru aku berpeluang untuk kemari.


selamat hari lahir shafiz.ya.mungkin baru di sem ini kita kita sebegitu rapat.
dan kerana itu juga aku seperti takut untuk meneruskan semua.
aku takut aku akan kehilangan.walau itu pasti akan berlaku.


di semester ini aku rasa terlalu banyak manisnya antara aku dan kalian.
rakan dikelas.dirumah.dipoli.sampai aku tertanya sendiri.
kenapa baru sekarang aku merasa semua kemanisan ini.

aku takut bila kita berjauhan.mungkin kita tidak akan bertemu kembali?
akan ingat kah kalian kepada diri ini.aku takut hingga terasa perlu aku menjauh dari kalian.
maaf jika sudah ada yang terasa dengan langkah berjaga aku.

terima kasih untuk kenangan yang kalian corerkan bersama aku.
terima kasih untuk persahabatan yang dijalin bersama aku.
dan terima kasih juga kerana menerima aku seadanya.terima kasih.


jika nanti satu hari selepas kita kita ini terpisah jauh.
pasti akan terselinap sedikit rindu untuk bersama kalian.
berbual.makan.belajar.susah.senang.ingat kita ada disaat itu bersama.

aku akan rindu.
aku akan ingat.
aku akan simpan.
semua kenangan dan memori kita bersama.





**ketika ini sahaja rindu aku pada semua kenangan dulu telah meluap luap.

No comments:

Post a Comment